shalom dan salam one Malaysia!!!...bertemu kembali kita di arena blog Adriana...hahaha...akhirnya saya dapat mencuri sedikit masa saya untuk menceritakan serba sedikit tentang kebaikan Tuhan Yesus dalam kehidupan saya di tanah perjanjian yang Tuhan berikan kepada saya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. antara sedar atau tidak, saya mula menyedari bahawa saya telah belajar di sini selama satu tahun...wow...cepatnya masa berlalu..
Syukur kepada Tuhan kerana limpahan kasih karunia yang telah Dia berikan, saya dapat menjejakan kaki saya ke menara gading. God is good all the time...really i said God is good. Apa yang telah Tuhan Yesus lakukan dalam kehidupan saya sebagai pelajar adalah sangat luar biasa. Urapan roh kudusNya sentiasa mengalir di dalam kehidupan saya. Kehidupan saya sentiasa disertai oleh Nya. Di dalam 2 Korintus 5 : 17 menyatakan " jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru; yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang." saya dapat merasakan kehidupan saya yang didiami oleh Kristus sentiasa menjadikann saya sebagai ciptaan yang baru.
Banyak cabaran dan rintangan yang telah saya alami sepanjang saya menuntut di UKM. Kadang-kala cabaran yang saya alami itu telah menyebabkan saya jatuh dan menyebabkan iman saya digoncangkan. Namun, di atas segalanya , ku tahu Allahku bekerja... di saat aku tidak temui jawapan dalam kehidupan, Tuhan mula membentuk, menegur dan memimpin saya. Mula-mula mungkin saya tak mengerti apa yang telah saya alami , tapi apa yang pasti semua yang berlaku mendatangkan kebaikan bagi orang yang mengasihiNya. Dan saya percaya walauapapun cabaran yang dialami, sebenarnya Tuhan ingin kita kembali kepadaNYa dan dia ingin mengajar, menegur kesalahan kita dan memimpin kita ke jalan yang benar dan yang berkenan di hadapan Nya. Dan semua cabaran dan masalah yang dihadapi oleh saya telah diselesaikan kerana saya mempunyai Allah yang kasih yang tak pernah meninggalkan kita di saat dilukakan ataupun di saat sukacita.
Dalam pengakhiran blog ini, saya ingin mendor0ng saudara dan saudari yang dikasihi dalam Yesus Kristus bahawa Allah yang kita sembah selama ini adalah Allah yang benar. Apabila kita menghadapi cabaran dalam kehidupan kita, serahkan semuanya kepada Tuhan, minta pertobatan daripada Dia, dan biar Tuhan lakukan perkara yang luar biasa dalam kehidupan kita. dan saya percaya bahawa kehidupan anda akan sentiasa diberkati dan sentiaa bertumbuh di dalam Kasih KaruniaNya. Amen..
Dalam blog ini juga saya ingin memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada family saya yang jauh daripada saya. Kepada sis Tina yang akan menduduki peperiksaan SPM yang akan datang, berusahalah bersungguh-sungguh dan mintalah hikmat dan pengetahuan daripada Allah kerana semua pengetahuan dan hikmat itu datang daripadaNya. Grow Your Faith in Mighty God's Hand. Buat sis Gwen , Tina , Joan and bro Sulau , saya sangat mengasihi kalian dan saya ingin melihat kalian berjaya dalam study dan menjadi orang benar dan membawa terang kepada dunia untuk kemuliaan Tuhan. Buat daddy and mummy, saya sangat merindui dan mengasihi kalian. Terima kasih di atas pergobanan kalian dalam membimbing saya menjadi insan yang berguna . Pengorbanan kalian tidak dapat saya ucapkan dengan kata-kata mahupun wang ringgit, namun saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar kehidupan daddy dan mummy terus menjadi alat kemuliaan bagi Tuhan. Buat uncle-uncle dan auntie-auntie yang dikasihi dan dihormati, saya ingin menyatakan bahawa kehidupan yang kekal hanya dapat kita perolehi daripada Yesus Kristus , Allah yang kita sembah. Dan saya berharap kalian semua terus mencari kerajaan Allah dan kebenaran Nya. Jemputlah roh kudus hadir dalam kehidupan kalian dan biar roh kudus yang memimpin kehidupan kalian. Tuhan Memberkati dan Mengasihi kalian. Amen!!
Shalom my frenz...Aleluya...Puji Tuhan...Percayalah walau sebanyak mana pun rintangan saudari,tetapi Tuhan tidak pernah meninggalkan anda..Tuhan akan menyertai anda selalu..
ReplyDelete