Wednesday, November 17, 2010

PRAISE THE LORD :)

Terima kasih Tuhan di atas kasih setiaMu. Terima kasih di atas pertolonganMu Tuhan. Terima Kasih di atas berkat Engkau dalam hidupku dan keluargaku. Tuhan Bapa, Terima kasih kerana sekali lagi engkau telah menyatakan mujizatMu dan kuasa penyembuhanMu lewati cousin ku, Bella. Terima kasih Tuhan sebab Engkau telah menyembuhkannya. Terima kasih di atas segala-galanya Tuhan! :) Tanpa pertolonganMu Tuhan, kami tidak dapat berdiri sendiri. Apapun perkara yang berlaku dalam hidupku saat ini, aku percaya Tuhan akan sentiasa berada di sisiku, membimbingku, menopangku, memimpin dan menegurku. Di saatku jatuh, Engkau angkat aku, di saat ku lemah Engkau kuatkanku, di saat ku sakit, Engkau sembuhkan aku. Terima Kasih Tuhan....Terima Kasih...

Terima kasih Tuhan sebab Engkau hadir saat kami datang dan berdoa dariMU. Terima kasih di atas hadiratMu lewati prayer meeting di gereja kami malam ini, Tuhan. aku percaya bahawa Engkau terus mengongcang semua jemaat di gereja ini agar terus bertumbuh di dalam Engkau, dan terus mengalami kuasa dan hadirat Engkau ya Bapa. Aku rindu untuk melihat Engkau terus bekerja lewati setiap jiwa-jiwa yang mengasihiMu di gereja ini. dan saya percaya Engkau terus membimbing, memimpin dan menegur kami. Ajar kami Tuhan kasih yang telah Engkau berikan, ajar kami untuk saling mengampuni, agar kami untuk saling mengasihi... Terima Kasih Tuhan...Terima Kasih :)

Wednesday, November 3, 2010

I KORINTUS 13 : 1-3

Sekalipun aku dapat berkata-kata dengan semua bahasa manusia dan bahasa malaikat, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama dengan gong yang berkumandang dan canang yang gemerincing.

Sekalipun aku mempunyai karunia untuk bernubuat dan aku mengetahui segala rahasia dan memiliki seluruh pengetahuan; dan sekalipun aku memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama sekali tidak berguna.

Dan sekalipun aku membagi-bagikan segala sesuatu yang ada padaku, bahkan menyerahkan tubuhku untuk dibakar, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, sedikitpun tidak ada faedahnya bagiku.

12 September 2010

ya... 12 September 2010.... tarikh yang takkan ku lupa seumur hidupku =) 12 September 2010...

Tuhan telah menyembuhkan aku dari penyakit yang aku alami tiga bulan yang lepas. Begitu dahsyat Tuhan bekerja dalam hidupku dan menyembuhkan aku. Betapa dahsyat dan hebat Tuhan yang aku sembah, iaitu Tuhan Yesus Kristus. Baiklah, di sini saya ingin menceritakan bagaimana Tuhan menyembuhkan aku lewati Kebaktian Youth Enlargement Superior ( YES ) pada 9-11 September 2010. Begitu hebat Tuhan bekerja lewati kebaktian ini. Saya sangat bersyukur kerana dapar berpeluang menyertai kebaktian ini. Pelbagai berkat dan teguran yang Tuhan bicarakan lewati kebaktian ini. Tuhan ingin bekerja dalam kehidupan setiap pemuda-pemudi atau generasi pada masa kini. Dan saya percaya, Tuhan sedang menyiapkan laskar Kristus Nya untuk mengoncangkan bumi Malaysia. Dan saya percaya juga, kebangkitan rohani pasti akan terjadi di negara kita Malaysia. Tuhan ingin menyatakan kasih Nya yang luar biasa kepada bangsa Malaysia dan saya tidak sabar untuk melihat Tuhan bekerja dalam Malaysia.

Tiga bulan yang lepas, saya mengalami kesakitan di bahagian rahim saya. Apabila saya berjalan mahupun membuang air kencing, bahagian tersebut rasa sakit sehinggalah pada suatu hari saya mendapati ada benjolan dalam rahim saya. Dan benjolan tersebut semakin membesar sehingga begitu sakit sekali saya rasakan. Jadi, saya bertekad bahawa saya ingin balik ke Sarawak dan berjumpa doktor di sana selepas saya mengikuti kebaktian YES itu. Namun, di atas kebaikan Tuhan dan kasihNya, Tuhan telah menyembuhkan saya pada 12 September 2010 iaitu sehari sebelum saya balik ke Sarawak. Syukur juga kerana saya belum beli tiket lagi untuk balik ke Sarawak pada ketika itu.

Pada 12 September 2010, saya mengikuti kebaktian di SIB SERDANG dan speaker jemputan pada masa itu ialah Ps Bram iaitu , speaker yang dijemput dalam konferensi YES itu. Lewati ps tersebut, Tuhan menyembuhkan saya. Praise The Lord! The Mighty God ! Saya sendiri mengalami kuasa kesembuhan tersebut secara perlahan-lahan. Pada malam itu juga, benjolan yang saya alami telah tiada. dan dua hari selepas itu, saya sembuh sepenuhnya. Ya, Tuhan itu sungguh luar biasa. Kasih setiaNya tidak dapat saya nyatakan dengan tutur kata. Saya terdiam dan terkagum, menangis sendirian di atas kebaikan Tuhan yang sangat nyata dalam hidup saya.

Terima Kasih Tuhan di atas kesembuhan yang telah Engkau nyatakan dalam hidupku. Terima Kasih Tuhan Yesus =)