Tuhan telah menyembuhkan aku dari penyakit yang aku alami tiga bulan yang lepas. Begitu dahsyat Tuhan bekerja dalam hidupku dan menyembuhkan aku. Betapa dahsyat dan hebat Tuhan yang aku sembah, iaitu Tuhan Yesus Kristus. Baiklah, di sini saya ingin menceritakan bagaimana Tuhan menyembuhkan aku lewati Kebaktian Youth Enlargement Superior ( YES ) pada 9-11 September 2010. Begitu hebat Tuhan bekerja lewati kebaktian ini. Saya sangat bersyukur kerana dapar berpeluang menyertai kebaktian ini. Pelbagai berkat dan teguran yang Tuhan bicarakan lewati kebaktian ini. Tuhan ingin bekerja dalam kehidupan setiap pemuda-pemudi atau generasi pada masa kini. Dan saya percaya, Tuhan sedang menyiapkan laskar Kristus Nya untuk mengoncangkan bumi Malaysia. Dan saya percaya juga, kebangkitan rohani pasti akan terjadi di negara kita Malaysia. Tuhan ingin menyatakan kasih Nya yang luar biasa kepada bangsa Malaysia dan saya tidak sabar untuk melihat Tuhan bekerja dalam Malaysia.
Tiga bulan yang lepas, saya mengalami kesakitan di bahagian rahim saya. Apabila saya berjalan mahupun membuang air kencing, bahagian tersebut rasa sakit sehinggalah pada suatu hari saya mendapati ada benjolan dalam rahim saya. Dan benjolan tersebut semakin membesar sehingga begitu sakit sekali saya rasakan. Jadi, saya bertekad bahawa saya ingin balik ke Sarawak dan berjumpa doktor di sana selepas saya mengikuti kebaktian YES itu. Namun, di atas kebaikan Tuhan dan kasihNya, Tuhan telah menyembuhkan saya pada 12 September 2010 iaitu sehari sebelum saya balik ke Sarawak. Syukur juga kerana saya belum beli tiket lagi untuk balik ke Sarawak pada ketika itu.
Pada 12 September 2010, saya mengikuti kebaktian di SIB SERDANG dan speaker jemputan pada masa itu ialah Ps Bram iaitu , speaker yang dijemput dalam konferensi YES itu. Lewati ps tersebut, Tuhan menyembuhkan saya. Praise The Lord! The Mighty God ! Saya sendiri mengalami kuasa kesembuhan tersebut secara perlahan-lahan. Pada malam itu juga, benjolan yang saya alami telah tiada. dan dua hari selepas itu, saya sembuh sepenuhnya. Ya, Tuhan itu sungguh luar biasa. Kasih setiaNya tidak dapat saya nyatakan dengan tutur kata. Saya terdiam dan terkagum, menangis sendirian di atas kebaikan Tuhan yang sangat nyata dalam hidup saya.
Terima Kasih Tuhan di atas kesembuhan yang telah Engkau nyatakan dalam hidupku. Terima Kasih Tuhan Yesus =)
No comments:
Post a Comment